May 23, 2011

sekadar renungan untuk kita semua!


Di sini  ada beberapa tips untk anda lelaki2 macho ataupun perempuan2 utk mengetahui gewe anda, GF anda curang pada anda. Anda perlu berhati2 skiranya perkara sebegini belaku..

1.Si dia berubah sikap.Jika dulu si dia seorang yang romantik,mesra,lucu dan bersemangat bersama kita namun beliau berubah secara tiba-tiba.Cepat berasa bosan bersama kita.Selalu marah dan bad mood.Mudah mencari kesalahan kecil untuk dijadikan modal pertengkaran.Mula membandingkan anda dengan orang lain.Suka mempertikaikan personaliti dan kekurangan diri kita.


2.Jarang menghubungi anda.Si dia jarang menghubungi anda.Tidak seperti dulu.Si dia hanya mengharapkan anda menghubungi beliau.Jika anda menghubungi beliau pun, si dia seolah-olah tidak berminat dan selalu mendiamkan diri. Lebih menyakitkan hati apabila anda akan mendengar si dia menguap dan menyayi sambil mendengar lagu sedangkan anda masih dalam talian. Tu maksudnya "get off from my life "

3.Facebook dan blog  si dia dipenuhi oleh comment jejaka tersebut. Its only friend bah. Okay faham. Namun hati-hati, itu merupakan langkah si orang ke-3 tersebut mendekati teman wanita anda. Alah, kita sama-sama tahulah teknik tersebut  bukan? Dan setiap comment jejaka @ cewek  tersebut akan dibalas panjang lebar mengalahkan comment pada wall anda sewaktu hari jadi anda.


4.Ketika dating bersama.Sering kali telefon bimbit si dia akan berdering.Jalan sikit truttttt.... Duduk sekejap truuutt.. apabila ditanya. Oh kawan, Oh makcik pesan belikan belacan.hihi.Well memang betul kita perlu bersangka baik tapi! jangan jadi bodoh.

5.Eh semasa awal-awal bercintan - cintun segalanya untuk mu . I tengokhandphone u, u tengok handphone i taww... hihi. Namun, handphone si dia ibarat benda sensitif. Anda tidak boleh lihat malahan sentuh. Wallpaper handphonebeliau pun bukan lagi gambar anda berdua.

6.Sering kali si dia meminta hubungan anda berdua ditamatkan.Walaupun seberapa daya anda cuba menyelamatkan hubungan anda namun si dia tetap berkeras untuk mengakhiri hubungan tersebut. Anda telah berusaha untuk melakukan yang terbaik dan menambahkan setiap kekurangan yang beliau katakan namun anda tetap gagal memuaskan hati beliau , ini kerana hati si dia telah dikaburi oleh pihak ke-3 tersebut.


7.Baru sahaja anda putus hubungan dengan si dia, beliau telah menjalinkan hubungan dengan jejaka @ cewek lain. Ibarat tanah kubur masih merah pak maon dah kawin baru lah ni hihi. Kalau dah macam tu, dah terang lagi bersuluh si dia telah lama menduakan anda.

2 comments: